Hukum berjemaah tapi berbeza bangunan

Soalan
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...soalan:status solat jemaah wanita ditmpt kecuali masjid...surau pejabat sekolah dll tmpt lg...terhalang oleh tabir/dinding apakah status jemaah wanita tersebut?sah atau tidak?

Jawapan :

SAH solat jemaah wanita jika sempurna syarat sah jemaah bagi makmun wanita, diwajibkan meletakkan tirai/tabir jika dikhuatiri dapat menimbulkan fitnah antara jemaah makmum lelaki dan jemaah makmum wanita sebagaimana disebut oleh Imam Ghazali rahimahulloh dalam Ihya' Ulumuddin :

ويجب أن يضرب بين الرجال والنساء حائل يمنع من النظر فإن ذلك أيضا مظنة الفساد والعادات تشهد لهذه المنكرات....

Namun tirai/tabir ini diperincikan dalam status solat jemaah SURAU ataupun MUSOLLA, jika dikategorikan sebagai HA'IL-حائل (penghalang) yang mencegah makmum daripada dapat melihat imamnya maka tidak SAH mengikut Qaul Muktamad dalam Mazhab Syafie, namun jika HA'IL-حائل (penghalang) tersebut tidak menegah makmum daripada dapat melihat imamnya dan MURUR -مرور (laluan untuk sampai kepada imamnya) maka SAH, adapun JIDAR-جدار (dinding) ditilik pada syarat HA'IL (penghalang) tersebut.

Berikut keterangan nasnya :

فإن كانا في بناء أو بنأين أو كان أحدهما في فضاء والآخر في بناء، والجميع غير مسجد أشترط مع ما مر آنفا عدم حائل بينهما يمنع الرؤية أو الإستطراق العادي بحيث لو أراد الوصول للإمام لايمكنه أو يستدبر القبلة ـــ إلى أن قال ـــ فلو حال بينهما جدار لا باب فيه أو باب مسمر أو مغلق أو مردود أو شباك منع صحة الإقتداء. إهـ

Apabila mereka (imam & makmum) berada di satu bangunan atau pada  bangunan lain, atau salah satunya berada di tanah lapang dan yang satunya lagi berada di bangunan, sementara semua tempat tersebut bukan masjid, maka beserta persyaratan yang telah tersebut disyaratkan tidak adanya HA'IL (penghalang) di antara mereka yang dapat mencegah melihat imam atau mencegah menuju kepada imam sekira andai makmum berkehendak menuju kepada imam maka tidak memungkinkan atau membelakangi qiblat, lantas andai di antara mereka terdapat dinding yang tak berpintu, atau pintu yang dicukil dengan paku, atau pintu yang dikunci, atau ditutup, atau jendela tertutup, maka hal tersebut dapat mencegah sah solat berjamaah.

=====================
CATATAN DAN RUJUKAN:

المراجع:

۱. نهاية الزين (ms/22)
٢. إعانة الطالبين (2\ms 28-29)
٣. إحياء علوم الدين
٤. Bughyatul Tullab (Jawi)

Wallahua'lam...
IbnuQassem@Salafytobat93

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
📝by: @Salafytobat93

telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum berjemaah tapi berbeza bangunan"

Post a Comment

Thank you for your comments