Hadith Larangan Makan Sesuatu Yang Haram



Dari Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4

Soalan:

⚫️Ustz2 ada x hdis yg psal larngan mkn bnda haram....?

Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:


Dalam sebuah hadis yang panjang Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ka’ab bin ‘Ujrah:

يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ، إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidak masuk ke syurga orang yang dagingnya tumbuh daripada benda yang haram. Neraka lebih layak baginya.”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan lain-lain)

Maksud ‘tidak masuk syurga’ yakni tidak tergolong dalam golongan orang yang segera masuk ke syurga tetapi masuk ke syurga selepas diazab terlebih dahulu.

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ: أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan kisah seorang lelaki yang panjang pemusafirannya (untuk beribadat seperti haji, jihad, menuntut ilmu dan lain-lain), kusut masai rambutnya dan berdebu wajahnya, mengangkat tangan ke langit (kerana langit kiblat doa) lalu menyeru: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (menunjukkan kesungguhan). Sedangkan makanannya daripada yang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram, diberi makan (dari kecil sehingga besar) daripada yang haram. Maka bagaimanakah hendak dimakbulkan doa lelaki tersebut?”

(Riwayat Muslim)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟ ". قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ. فَقَالَ: " إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا، وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يَقْضِيَ مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat: “Tahukah kamu orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di sisi kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta benda.”

Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang muflis daripada  umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakat. Dia juga datang dengan (dosa) mencela orang lain,  memfitnah orang lain, makan harta orang lain (secara batil), menumpahkan darah orang lain (tanpa hak) dan memukul orang lain. Maka diberi kepada orang yang dizalimi pahala orang yang menzalimi. Sehingga apabila pahalanya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah dosa yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu diberikankan kepadanya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.

(Riwayat Muslim)
Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Hadith Larangan Makan Sesuatu Yang Haram"

Post a Comment

Thank you for your comments